Guru lelaki direman bantu siasatan kes amang seksual pelajar - Utusan Malaysia

Guru lelaki direman bantu siasatan kes amang seksual pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA –  Seorang guru lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuannya pada tahun lalu. 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi terhadap suspek berusia 59 tahun berkenaan. 

Suspek direman sehingga 15 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis menahan lelaki terbabit selepas dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang bagi merakam keterangan pada petang semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila suspek yang mengajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan membawa remaja perempuan berusia 16 tahun berkenaan bercuti ke Melaka pada 2 November tahun lalu.

Kedua-dua mereka dikatakan telah bermalam di sebuah hotel di Melaka Raya dan keluar bersiar-siar di bandaraya ini sebelum terserempak dengan seorang guru dari sekolah sama pada keesokkan harinya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan perintah reman tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×