MANCHESTER 6 Feb. – Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola tidak mahu pasukannya dilihat sebagai pilihan bagi menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini biarpun mereka hanya dibezakan dengan tiga mata dengan pendahulu, Liverpool. Ketika ini City telah mengumpul 59 mata selepas 25 perlawanan dan hanya dibezakan dengan dua mata daripada pasukan tangga ketiga Tottenham Hotspur. Kata Guardiola, dia lebih selesa kekal tenang daripada sebarang tekanan yang meletakkan pasukannya sebagai pilihan menjuarai…










