Guan Eng tidak peduli ekonomi rakyat - Khairy - Utusan Malaysia

Guan Eng tidak peduli ekonomi rakyat – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bukan salah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani golongan petani, nelayan berada dalam situasi kehidupan terhimpit ketika ini.

Hal ini kerana, menurut Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, pemotongan subsidi padi, elaun sara hidup nelayan bukan tugas kementerian itu atau Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub tetapi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

“Sebenarnya saya tak salahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Subsidi padi, elaun sara hidup nelayan semua dipotong bukan kerja beliau, ini kerja Kementerian Kewangan bawah Lim Guan Eng.

“Saya masih ingat waktu perbahasan belanjawan di Parlimen. Wakil rakyat dari semua parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) merayu kepada Guan Eng supaya tidak potong bantuan untuk petani, pekebun kecil dan nelayan.

“Tapi Menteri Kewangan ini tak berapa kisah tentang ekonomi rakyat. Sampai Salahuddin menangis,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy juga meminta semua pihak untuk menyebarkan maklumat berhubung fakta pemotongan peruntukan tersebut yang diambil menerusi buku belanjawan yang dibuat Guan Eng. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN