GRO ditahan ketika leka urut pelanggan - Utusan Malaysia

GRO ditahan ketika leka urut pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Lima warga Thailand disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) yang leka mengurut pelanggan tergamam apabila sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat spa dan kecantikan di bandar ini diserbu penguat kuasa imigresen dalam Ops Gegar semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9.20 malam itu, seramai 12 individu pelbagai warganegara diperiksa dan lima daripadanya ditahan kerana melakukan kesalahan imigresen.

Ketika serbuan dilakukan, lima wanita Thailand berusia antara 26 hingga 42 tahun tidak sempat melarikan diri kerana leka mengurut pelanggan masing-masing. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, pemeriksaan ke atas lima wanita warga asing terbabit mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

“Premis itu telah beroperasi lebih enam bulan lalu dan disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan berselindung di sebalik pusat urut, spa dan kecantikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan di lokap imigresen, bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Imigresen Belantik di Sik dekat sini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN