KUALA LUMPUR 27 Feb. – Bagaikan ada yang tidak kena di Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam beberapa hari ini sehinggakan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bakal meninggalkan skuad Harimau Selatan yang diambil alih pada 2013. Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi Insta Story dalam Instagram hari ini seakan meluahkan kekecewaan terhadap JDT sekali pun sudah membuahkan hasil apabila memenangi 16 piala melibatkan empat piala belia, 12 piala bersama pasukan…










