KUALA LUMPUR – Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter direkodkan melanda pulau Halmahera, Maluku, Utara Indonesia pada pukul 6.03 petang tadi.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku di 220km timur laut dari Ternate di pulau itu.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia direkodkan setakat ini, menurut kenyataan itu. – Bernama










