Federer sah sertai Terbuka Madrid - Utusan Malaysia

Federer sah sertai Terbuka Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Pemain ranking No. 6 dunia, Roger Federer kembali bersaing di gelanggang tanah liat buat pertama kali dalam tempoh dua tahun selepas mengesahkan penyertaan pada kejohanan Masters Terbuka Madrid pada tahun ini.

Sebagai rekod, Federer yang berusia 38 tahun telah mengambil keputusan untuk berehat daripada menyertai sebarang kejohanan gelanggang tanah liat sejak 2017 atas faktor tidak lagi mempunyai stamina serta keupayaan seperti pemain-pemain muda.

Namun, pengarah kejohanan Terbuka Madrid, Feliciano Lopez mengakui gembira dapat memujuk Federer untuk kembali menyertai saingan itu selain percaya keputusan tersebut bakal memberi saingan lebih kompetitif apabila ia dilangsungkan Mei nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Lopez, kehadiran Federer yang juga pemain kedua paling berjaya Terbuka Madrid dengan tiga kejuaraan masing-masing pada edisi 2006, 2009 dan 2012 sangat penting kerana boleh menarik lebih ramai penyokong hadir ke stadium.

“Semua orang tahu status Roger Federer sebagai salah seorang pemain tenis terbaik sepanjang zaman yang patut dihormati. Keputusannya untuk kembali bersaing di Terbuka Madrid selepas dua musim sangat dialu-alukan.

“Saya pasti tiket kejohanan kami akan habis dijual kerana peminat di Madrid sudah tidak sabar menyaksikan kehadiran pemain berstatus bintang seperti Federer, Novak Djokovic dan Rafael Nadal beraksi di depan mata mereka sendiri,” katanya.

Federer yang juga bekas pemain No. 1 dunia merupakan pemenang kejohanan Grand Slam terbanyak sepanjang zaman dengan 20 kejuaraan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×