KAJANG – Berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan makanan halal dan yang berpatutan ketika melancong ke luar negara telah mencetuskan idea kepada pemilik jenama Kembara Adventure Meals, Muhammad Faiz Zakariah untuk mengusahakan perniagaan makanan sedia dimakan (MRE). Beliau yang merupakan pengasas Saudagar Kitchen Sdn. Bhd. (Saudagar Kitchen) berkata, ketika melancong ke Eropah pada 2016 lalu, beliau terpaksa membayar €10 (RM46.54) bagi menu tengah hari. “Terlalu mahal,” bisiknya, lantas fikiran ligat mencari…










