F1 tidak lagi relevan - Utusan Malaysia

F1 tidak lagi relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Harapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengembalikan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) ke Malaysia menimbulkan banyak persoalan, lebih-lebih lagi selepas kerajaan sering kali ‘merungut’ tentang hutang negara yang tinggi sehingga terpaksa memotong pelbagai peruntukan sedia ada.

Persoalan itu dibangkitkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang percaya kerajaan perlu me­netapkan keutamaan mereka de­ngan be­tul kerana bagi beliau, mengembalikan F1 bukanlah perkara yang perlu diutamakan.

“Sepanjang tempoh awal 2019 ini pelbagai rungutan daripada atlet dan badan sukan te­lah kita dengari disebabkan peruntukan kewangan yang telah dipotong. Ada atlet yang perlu menampung sendiri kos latihan termasuklah membayar sendiri jurulatih mereka.

F1
 

“Terdapat atlet negara yang tidak di­sambung kontrak dan telah bersara pada usia muda sehingga terpaksa menjual jambu di tepi jalan dan menjalankan perniagaan gunting rambut walaupun pernah menyumbang pingat emas di peringkat antarabangsa,” katanya melalui hantaran Facebook miliknya hari ini.

Tidak cukup dengan itu, Khairy turut membangkitkan pembatalan program Podium yang menyebabkan ramai kakitangan Institut Sukan Negara (ISN) tidak disambung kontrak mereka.

Dr. Mahathir semalam me­nyatakan hasrat untuk melihat F1 kembali ke Malaysia suatu hari nanti dalam ucapannya selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Anugerah Sukan Permotoran 2018.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, mengembalikan F1 ke Malaysia memerlukan penelitian terperinci dan minimum lima tahun untuk membuat persediaan.

“Kita ikut perintah ajelah (jika kerajaan mahu kembalikan F1). Masih terlalu awal untuk buat spekulasi F1 akan datang ke Malaysia atau tidak selepas apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×