Erdogan kecam AS masih berdiam diri isu Khashoggi - Utusan Malaysia

Erdogan kecam AS masih berdiam diri isu Khashoggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 4 Feb. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa Amerika Syarikat (AS) masih ‘berdiam diri’ berhubung kes pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi. “Saya tidak boleh memahami pendirian AS. Kita mahu semuanya didedahkan kerana wujudnya pembunuhan. Pembunuhan Jamal bukanlah satu insiden biasa,” kata Erdogan ketika ditemu bual oleh stesen televisyen TRT. Jamal dibunuh di bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober tahun lalu. – AFP

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN