Enam pemancing hilang ditemui selamat - Utusan Malaysia

Enam pemancing hilang ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Enam pemancing yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada kedudukan 20 batu nautika barat daya Pulau Kendi dekat sini sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd. Samad berkata, mangsa yang berusia di antara 30 hingga 49 tahun itu ditemui kira-kira pukul 4.30 petang bersama-sama bot yang mengalami kerosakan.

“Keadaan mangsa baik dan bot mereka sedang ditarik menuju ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu, kehilangan mereka dilaporkan oleh abang salah seorang pemancing itu semalam selepas mereka didapati tidak pulang.

Enam sekawan itu dikatakan turun ke laut dari Jeti Tanjung Berembang, Nibong Tebal di sini kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi SAR awal pagi tadi sejurus aduan diterima. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN