Empat sekeluarga mati bersama - Utusan Malaysia

Empat sekeluarga mati bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Empat sekeluarga menemui ajal apabila kereta Honda Civic dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 55 Jalan Kluang – Kota Tinggi, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.33 tengah malam itu, mangsa, Mohd. Firdaus Januri, 34, dan isterinya, Norlia Osman, 33, bersama dua anak mereka iaitu Muhammad Adli, 6, dan Nur Dalili, 4, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kemalangan maut berkenaan membabitkan dua kereta dengan sebuah lori.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada lori yang dikatakan gagal mengawal kenderaan lalu bertembung dengan kereta dinaiki mangsa dan sebuah kereta lagi merempuhi kereta mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahsmon berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN