Elok pemimpin muda PH contohi Faizal Azumu - Utusan Malaysia

Elok pemimpin muda PH contohi Faizal Azumu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMALAM 10 Februari 2019 dan sembilan bulan yang lalu, majoriti rakyat Malaysia membuat keputusan bersejarah memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan menggantikan Barisan Nasional (BN).

Bersama itu, harapan yang bukan sekadar tinggi tetapi melangit diletakkan rakyat untuk melihat sesuatu yang jauh lebih baik berbanding kerajaan lama yang dikaitkan dengan pelbagai keburukan.

Namun sayangnya, sam­butan sembilan bulan BN digantikan agak terganggu de­ngan berita-berita kurang enak sehari dua ini berhubung isu kelayakan akademik segelintir kepemimpinan kerajaan PH sehingga mendapat liputan media antarabangsa.

Sedangkan isu ijazah dari institusi diragui, penipuan kelayakan akademik dan seum­pamanya tidak terlintas sama sekali akan dikaitkan dengan kepemimpinan PH.

Bagi penyokong tegar PH, soal perangai buruk ini sepatutnya hanya layak terpalit pada lawan mereka yang didakwa sebagai kerajaan kleptokrasi.

Namun begitulah fitrah kehidupan manusia, apatah lagi langit tidak selalunya cerah kerana dugaan akan sentiasa menguji setiap mereka yang berkuasa.

Maka, dalam menguruskan isu, tiada pilihan yang lebih baik melainkan berterus terang seperti yang dilakukan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung kelayakan akademik beliau.

Walaupun gagal menamatkan pengajian setelah berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara, namun Ahmad Faizal harus dijadikan suri teladan atau role model terutama dalam kalangan generasi muda. Tanpa kelulusan akademik tinggi, ia bukan penamat dalam politik.

Justeru beliau layak dijadikan ikon politik oleh pe­mimpin muda PH, gagal di menara gading tetapi menjaga integriti dengan tidak berbohong mengenai sejarah hidup dan tidak pula cuba mendapatkan ijazah daripada institusi degree mill.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×