LAHAD DATU – Walaupun sudah dua kali ditahan polis kerana kesalahan dadah, seorang lelaki disyaki pengedar dadah tidak serik-serik melakukan jenayah apabila ditahan sekali lagi bersama 5.62 gram dadah jenis syabu di Jalan Teratai di sini semalam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Nasri Mansor berkata, lelaki warga tempatan berumur 25 tahun itu ditahan dalam Op Tapis di kawasan berkenaan pada 8.45 pagi. “Lelaki ini ditahan selepas berkelakukan mencurigakan dan pemeriksaan menemukan satu peket lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu bernilai RM840 dan satu paket plastik mengandungi 15 gulung kertas timah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya