PUTRAJAYA 14 Feb. – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dalam satu kenyataan turut mengumumkan pelantikan empat lagi Ahli SPR iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim; bekas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Chin Phaik Yoong.
Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Faisal S. Hazis dan Zoe Randhawa daripada Bersih 2.0 Resorce Person.
Menurut Ismail, kesemua pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah.
“Pelantikan-pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai tarikh mereka melaporkan diri sebagai Anggota SPR sehingga mencapau usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










