Doa semoga hubungan baik dengan Anwar terus kekal - Mohamed Azmin - Utusan Malaysia

Doa semoga hubungan baik dengan Anwar terus kekal – Mohamed Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendoakan agar hubungan baik beliau bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus berkekalan.

Ciapan Azmin di Twitter.
Ciapan Azmin di Twitter. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian dalam ciapan di akaun Twitter beliau selepas dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang batu di dalam hempedu di Hospital Gombak.

“Tawa dan riang, ceria dan mesra, hormat dan kasih, ukhuwwah dan sejati antara gambaran yang terpapar secara tulus di antara dua hati nurani insan ini @anwaribrahim dan @AzminAli pada pagi ini. Semoga berkekalan sepanjang zaman,” katanya, di sini semalam.

Anwar bersama isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan melawat Mohamed Azmin di rumahnya selepas keluar daripada hospital.

Gambar Azmin dan Anwar tersenyum riang yang dikongsi di Twitter.
Gambar Azmin dan Anwar tersenyum riang yang dikongsi di Twitter. 

Sebelum ini, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali meluangkan masa melawat Mohamed Azmin di hospital.

Gambar kemesraan dua pemimpin itu dimuat naik selepas sebuah blog mendakwa Mohamed Azmin bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet selepas Tahun Baharu Cina. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN