Dipenjara ugut ibu sendiri - Utusan Malaysia

Dipenjara ugut ibu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut ibunya sendiri dengan menggunakan sebatang besi dan topi keledar, bulan lalu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap P. Gobinathan, 28, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebatang besi panjang dan topi keledar ke atas A.Saraswathy ,47, sebuah rumah di No.123-D Jinjang Selatan Tambahan, Sentul di sini pada pukul 2.30 pagi, 5 Januari lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan atau penjara maksimum tujuh tahun. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN