SERANGAN demi serangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berikutan kerjasama antara UMNO dan Pas. Walaupun kerjasama ini sudah lama dinanti-nantikan oleh sebahagian besar orang Melayu tetapi malangnya ada dalam kalangan orang Melayu sendiri yang disebabkan kepentingan politik menentang habis-habisan jalinan antara kedua-dua parti itu. Istilah ‘kafir’ kembali kedengaran dan paling lucu ada pula ayat, ‘parti Islam dan kafir kerjasama untuk kemenangan di dunia, di akhirat belum tentu.’ Hebat sekali hujah…










