Debat Pilpres: Polis siasat letupan bom - Utusan Malaysia

Debat Pilpres: Polis siasat letupan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 17 Feb. – Polis kini masih menyiasat secara mendalam sumber ledakan yang terdengar ‘cukup keras’ hingga mengejutkan sukarelawan Joko Widodo-Ma’ruf Amin di sekitar Gelora Bung Karno (GBK) dekat sini malam ini.

Ketua Biro Informasi Awam, Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo berkata, ketika ini pihaknya masih memeriksa untuk mendapatkan fakta lebih lanjut mengenai bunyi letupan itu.

“Kejadian itu disiasat terlebih dahulu oleh pihak polis. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya di sini seperti dilaporkan Tribunnews.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bunyi seakan-akan letupan kedengaran di sekitar kawasan GBK ketika acara debat pusingan kedua calon Presiden.

Ledakan itu mengejutkan sukarelawan Jokowi-Ma’ruf yang sedang menonton debat di kawasan letak kereta di Timur Senayan, tidak jauh dari lokasi letupan itu.

Mereka lari menyelamatkan diri dalam ketakutan dan beberapa daripadanya mengesyaki bahawa letupan itu adalah bom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini