DBKL turunkan kadar sewa Bazar Ramadan WPKL 2019 - Utusan Malaysia

DBKL turunkan kadar sewa Bazar Ramadan WPKL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengumumkan penurunan kadar bayaran Bazar Ramadan WPKL 2019 untuk memberi peluang perniagaan kepada lebih ramai peniaga dan usahawan kecil.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat (DBKL) Norhaslinda Nordin berkata, inisiatif itu diambil selepas melihat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang membuat permohonan untuk berniaga di bazar.

“Sebelum ini peniaga bagi kategori A iaitu di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman perlu membayar RM3,900 namun jumlah itu dikurangkan kepada RM1,494.

“Bagi kategori B yang melibatkan bazar juadah berbuka pula, DBKL menurunkan kadar bayaran kepada RM406 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM873, “ katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Norhaslinda, permohonan dibuka sehingga 14 Mac ini dan dalam tempoh empat jam pertama talian dibuka, sebanyak 150 permohonan diterima oleh DBKL. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN