DBKL angkut skuter tersadai - Utusan Malaysia

DBKL angkut skuter tersadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak mengangkut sebuah motosikal yang tersadai sejak lebih seminggu lalu di persimpangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berhampiran ibu pejabat Public Bank.

SEBUAH motosikal yang didakwa tersadai berhampiran Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE/ GAMBAR IHSAN

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood memberitahu, motosikal jenis skuter itu telah dialih dari lokasi berkenaan kira-Kira pukul 4 petang hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“DBKL mengambil tindakan segera selepas menerima aduan daripada pembaca Utusan Malaysia di ruangan forum berhubung perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, pembaca Utusan Malaysia melahirkan rasa khuatir berhubung perkara tersebut jika tidak ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN