Datin didakwa pecah amanah RM5 juta - Utusan Malaysia

Datin didakwa pecah amanah RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG 8 Feb. – Seorang pengarah sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan nilai berjumlah RM5 juta pada November 2015 hingga Jun 2016.

Tertuduh, Datin Nabila Sanusi, 45, bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, wa­nita terbabit telah melakukan pecah amanah dengan membuat tuntutan palsu di Syarikat Kamuja Bullion Resources Sdn. Bhd, Diamond Kompleks Bangi Business Park, Jalan Medan Bangi, Bandar Baru Bangi di sini di antara 27 November 2015 hingga 14 Jun 2016.

Pertuduhan terhadapnya di­buat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat dan juga boleh dikenakan denda.

Mahkamah kemudian mem­­­benarkan dia dijamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN