Dakwaan Wan Azizah dimasukkan ke hospital berita palsu - Utusan Malaysia

Dakwaan Wan Azizah dimasukkan ke hospital berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pejabat Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa satu catatan di laman Facebook milik ‘Menteri FB’ kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital, adalah palsu.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa menerusi catatan tersebut, pemilik media sosial itu memuat naik gambar Wan Azizah bersama ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dengan kapsyen: “Selepas Azmin Ali dimasukkan ke hospital, tiba giliran Wan Azizah Ismail”.

“Gambar yang disertakan dengan kapsyen palsu itu adalah gambar lama.

“Timbalan Perdana Menteri merasmikan Tasputra Perkim pada pagi ini dan juga meluangkan masa berkomunikasi bersama pihak media di majlis itu,” jelas kenyataan itu.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa catatan tersebut disertakan dengan spekulasi kononnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menggunakan “penyakit” Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Wan Azizah sebagai alasan untuk melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN