Dakwaan 30,000 orang hilang kerja tidak benar - Utusan Malaysia

Dakwaan 30,000 orang hilang kerja tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran hari ini menyangkal dakwaan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bahawa kira-kira 30,000 orang akan kehilangan kerja tahun ini.

“Sebaliknya, dengan kurang daripada 24,000 pengangguran yang dicatatkan tahun lepas, sebenarnya ada banyak peluang pekerjaan yang tersedia untuk mereka.

“Kadar pengangguran menunjukkan tiada apa-apa yang luar biasa, tiada apa yang menakutkan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian bersama antara Continental Tyre Malaysia Sdn. Bhd. (CTM) dan Persatuan Kakitangan Continental Tyre Malaysia Sdn. Bhd. (COMSA) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan CTM, Hoe Loo Fee.

Baru-baru ini, pengarah eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan menganggarkan bahawa 30,000 pekerja akan diberhentikan tahun ini disebabkan peningkatan kos bagi menjalankan perniagaan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN