KANGAR 11 Feb. – Pas menafikan sama sekali dakwaan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown bahawa parti itu menerima dana RM2.5 juta daripada UMNO. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembentangan laporan kewangan hampir setiap kali dalam mesyuarat Pas Pusat langsung tidak ada pembayaran seperti yang didakwa itu. Katanya, Rewcastle-Brown seharusnya menunjukkan bukti mengenai dakwaan tersebut. “Laporan dihantar kepada ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) setiap tahun dan boleh periksa…