City pamer kehebatan sebenar - Emery - Utusan Malaysia

City pamer kehebatan sebenar – Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Feb.- Pengendali Arsenal, Unai Emery mengakui Manchester City mempamerkan kehebatan sebenar ketika pasukannya tewas 3-1 di tangan juara bertahan itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad, awal pagi tadi.

The Gunners ketinggalan menerusi jaringan Sergio Aguero ketika aksi baru memasuki 46 saat tetapi bangkit menyamakan kedudukan hasil ledakan Laurent Koscielny pada minit ke-11.

Bagaimanapun, Aguero mempamerkan ketajaman dengan menyumbang dua lagi gol untuk mencipta hatrik pertamanya pada tahun ini sekali gus membuatkan Arsenal jatuh ke tangga keenam liga selepas pencabarnya, Manchester United dan Chelsea meraih kemenangan.

“Mereka menunjukkan kualiti hebat yang dimiliki sepanjang 90 minit. Dalam 45 minit pertama, kami bertahan dan mempunyai beberapa peluang untuk melakukan serangan balas.

“Namun, selepas kedudukan berubah 2-1, City mula mempamerkan taring sebenar. Kami tidak boleh bertahan dengan baik dan tidak diberikan peluang di dalam kotak penalti mereka.

“City mengawal 90 minit permainan dan tahap kami selepas rehat jauh lebih buruk berbanding di permulaan. Dalam babak pertama, kami sentiasa berdisiplin sehingga dapat mencetuskan pergerakan tetapi memasuki babak kedua, mentaliti kami jelas seperti tidak mahu memenangi perlawanan,” kata Emery.

Kekalahan itu, meletakkan Arsenal di tangga keenam dengan mengumpul 47 mata selepas mengharungi 25 perlawanan musim ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN