City menang, Guardiola riang - Utusan Malaysia

City menang, Guardiola riang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 4 Feb. – Pep Guardiola tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas menyaksikan Manchester City menewaskan Arsenal 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi ini.

Gembira bukan hanya kerana dapat kembali menghambat pendahulu liga, Liverpool tetapi kerana anak buahnya berjaya bangkit daripada kekalahan mengejut 1-2 kepada Newcastle Selasa lalu.

“Selepas apa yang berlaku di Newcastle, semua menyangka kami akan ketinggalan tujuh mata kerana menjangkakan Liverpool akan menewaskan Leicester sebelum mereka seri 1-1. Tetapi saya pasti benda seperti ini akan berlaku sehingga ke penghujung musim.

“Perlawanan akan menjadi semakin sukar selepas ini. Cuma sekarang sekurang-kurangnya kami dapat bangkit semula (untuk mengejar Liverpool),” katanya selepas perlawanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN