'Cinta senyap' satukan pasangan pekak, bisu - Utusan Malaysia

‘Cinta senyap’ satukan pasangan pekak, bisu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 3 Feb. -Pasangan cacat pendengaran dan bisu yang ‘bercinta senyap’ menerusi laman sosial Facebook selamat dinikahkan di Masjid Mukim Repek di sini, semalam.

Mohd. Zulkarnain Zahari, 29, dari Kampung Dewan Beta, Kota Bharu dan Siti Zahanis Zakaria, 21, Kampung Repek, Pasir Mas dinikahkan oleh imam tua masjid ber­kenaan, Othman Ahmad pada pukul 10 pagi.

Dengan sekali lafaz menggunakan bahasa isyarat, Mohd. Zulkarnain sah menjadi suami kepada Siti Zahanis.

Mohd. Zulkarnain dengan bantuan jurubahasa isyarat berkata, dia mula berkenalan dengan isterinya itu menerusi Facebook awal Oktober lalu.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka perkenalan itu membibitkan perasaan cinta di antara mereka.

“Selepas itu saya membuat keputusan yang paling besar dalam hidup iaitu menamatkan zaman bujang dengan Siti Zahanis,” katanya selepas majlis pernikahan itu, semalam.

Mohd. Zukarnain memberi­tahu, dia memilih Siti Zahanis selepas terpikat dengan budi bahasa dan kelembutan yang ada pada diri isterinya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN