LAPORAN polis dibuat kerana berswafoto dengan orang ramai, stesen televisyen digesa minta maaf kerana pengacara menyebut ‘Malu apa bossku…’ dan kerjasama UMNO-Pas dilihat mengancam perpaduan negara serta dilihat perkauman. Itulah antara contoh kecil bagaimana bercelarunya arena politik negara sejak berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu. Ternyata dalam kalangan kita masih belum lagi keluar lagi daripada kepompong pemikiran politik sempit dan kebencian sehingga apa juga dilakukan atau…










