HULU LANGAT 27 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi hari ini membuat laporan polis berhubung kain-kain rentang berunsur provokasi yang digantung di sekitar Semenyih, sejak awal pagi tadi. Menurut Zakaria, beliau menyedari terdapat kain-kain rentang yang turut mengaitkan dirinya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor itu ketika sedang bersarapan di…










