Cadang guna getah, sisa buangan plastik bina jalan raya - Utusan Malaysia

Cadang guna getah, sisa buangan plastik bina jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 16 Feb. – Kerajaan bercadang menetapkan polisi supaya pembinaan jalan raya di negara ini beralih daripada kaedah turapan konvensional kepada penggunaan campuran getah dan sisa buangan plastik.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, kaedah tersebut yang dalam peringkat kajian dilihat lebih baik bukan sahaja dari segi ketahanan jalan tetapi mampu meningkatkan permintaan getah dalam negara sekali gus membantu menstabilkan harga komoditi berkenaan.

“Kementerian akan membuat kajian teliti mengenai polisi terhadap perkara ini, mungkin kita akan membuat polisi sebahagian peratusan (pembinaan jalan raya) akan menggunakan getah dan sisa buangan plastik.

“Kita akan kaji juga dari segi kosnya tetapi saya juga berpendapat ia adalah satu perkara yang akan kita fikirkan secara mendalam menjadi hala tuju jangka panjang kementerian,” katanya selepas melawat tapak turapan kaedah ‘Waste Plastic Asphalt’ di Kerdau dekat sini hari ini.

Yang hadir sama timbalan beliau, Mohd. Anuar Tahir.

Tapak kaedah ‘Waste Plastic Asphalt’ di Kerdau sepanjang 175 meter persegi selorong merupakan tapak pertama kaedah berkeanan di negara ini yang dibina pada September 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN