SELEBRITI dunia hiburan yang terjebak dalam arena politik adalah fenomena lumrah yang bukan hanya berlaku di Amerika Syarikat (AS) atau Eropah tetapi juga Malaysia. Walaupun dianggap lumrah, tetapi setiap kali seorang selebriti mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan politik tidak kira peringkat terendah atau nasional, berita sedemikian rupa sudah pasti akan menarik minat. Sebab itu apabila ucapan selebriti terkenal, Oprah Winfrey dalam Golden Globes awal Januari lalu mengandungi banyak sindiran terutama sekali senario politik AS, ramai yang membuat andaian beliau akan bertanding pilihan raya Presiden pada 2020 sebagai pencabar kepada penyandang,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya