SHAH ALAM – Tindakan kejam seorang penganggur menetak rakannya sehingga 25 kali menggunakan sebilah parang panjang sehingga mati disebabkan dendam selepas mengesyaki mangsa menganggu isterinya. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Khamis lalu itu, Dharma Raj, 34, ditemui mati di kawasan lapang berhampiran Kuil Sri Maha Kaliamman Madurai Veeran, Jalan Kampung Jawa di sini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, motif kejadian itu diketahui hasil…










