KINGSBRIDGE, Britain – Bumbung rumah yang tidak dilitupi salji menjadi antara petanda jelas wujudnya ladang haram menanam pokok ganja, kata polis Britain melalui media sosial baru-baru ini. Polis Kingsbridge di wilayah Devon baru-baru ini berkongsi gambar sebaris rumah teres yang bumbungnya dilitupi salji putih kecuali pada bumbung sebuah rumah. Anggota polis kemudian menyerbu kediaman tersebut berpandukan petanda itu dan menemui barisan pokok ganja ditanam di dalam rumah berkenaan menggunakan lampu…










