Bumbung 22 rumah rosak dilanda ribut - Utusan Malaysia

Bumbung 22 rumah rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 4 Feb. – Sebanyak 22 buah rumah di Taman Datuk Shahardin dekat Nilai di sini mengalami kerosakan bumbung akibat dipukul ribut semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden kira-kira pukul 7.30 malam.

“Seramai 98 penghuni rumah tersebut ditempatkan sementara di Balai Raya Taman Datuk Shahardin,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mereka yang dipindahkan itu terdiri daripada 40 lelaki dewasa, wanita dewasa (34) dan kanak-kanak (24).

Jelasnya, kesemua mangsa telah membuat laporan polis berhubung bencana itu selepas selesai urusan perpindahan ke penempatan sementara semalam.

Beliau berkata, seramai 26 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan polis memberi bantuan kepada mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN