SEREMBAN 4 Feb. – Sebanyak 22 buah rumah di Taman Datuk Shahardin dekat Nilai di sini mengalami kerosakan bumbung akibat dipukul ribut semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden kira-kira pukul 7.30 malam. “Seramai 98 penghuni rumah tersebut ditempatkan sementara di Balai Raya Taman Datuk Shahardin,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, mereka yang dipindahkan itu terdiri daripada 40…










