NILAI – Bumbung sebanyak 22 buah rumah di Taman Datuk Shahardin dekat sini rosak akibat dipukul ribut kira-kira pukul 7.30 malam semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan. “Kesemua penghuni rumah terbabit seramai 98 orang ditempatkan sementara di Balai Raya Taman Datuk Shahardin,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. Mohd. Nor Marzukee berkata, mereka yang dipindahkan…










