Bukan ular tapi cacing gelang sahaja - Utusan Malaysia

Bukan ular tapi cacing gelang sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Gara-gara terlampau cemas, seorang lelaki sanggup menghubungi pihak bomba bagi mengeluarkan seekor cacing gelang yang disangkanya ular di rumahnya di Jalan Cemara 3, Saujana Utama 1, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 9.09 malam, apabila reptilia itu ditemui di dalam bilik tidurnya.

Pegawai Operasi Pasukan Bomba Sukarelawan Saujana Utama, Azman Abdul Razak berkata, seramai tiga anggota bersama sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 9.11 malam daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh.

“Hasil pemeriksaan mendapati bukan ular ditemui sebaliknya cacing gelang sepanjang 12.7 sentimeter.

“Cacing itu kemudiannya dilepaskan di habitat asalnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, penghuni rumah itu membuat panggilan kecemasan kerana tidak pasti jenis reptlia yang memasuki rumahnya selain bimbang keselamatan ahli keluarganya.

Ujarnya, walaupun kes itu dianggap kecil namun merupakan tugas bomba bagi memberikan bantuan dan perkhidmatan sewajarnya.

“Ini merupakan kes kedua apabila Oktober tahun lalu kita pernah menangkap anak biawak sepanjang 15.24 sentimeter yang disangka ular selepas hanya melihat ekornya sahaja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN