Bomba selamatkan saluran paip gas - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan saluran paip gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 25 Feb. – Ketangkasan sekumpulan 15 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba Chukai di sini berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke saluran paip Petronas, dekat sini semalam

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.30 petang di kawasan hutan paya gambut dan saluran paip tersebut terletak di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Batu 3, Jalan Air Putih dekat sini.

Ketua Balai Bomba Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Zailani Abdullah berkata, 15 anggota bomba berkenaan menggunakan dua aliran tiga nozzle wajax serta air dari tangki jentera bagi mengawal kebakaran daripada merebak.

Menurutnya, kerja memadam api yang dihentikan petang semalam disambung semula pukul 9 pagi ini sebelum operasi ditamatkan pukul 1.30 petang ini.

“Hasil siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka yang kemudiannya mudah merebak akibat cuaca panas ketika ini,” katanya, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Zailani meminta kerjasama orang ramai supaya jangan melakukan kegiatan pembakaran terbuka bagi mengelak kebakaran lebih besar sehingga menjejaskan kualiti alam.sekitar selain mengakibatkan jerebu.

“Oleh kerana sekarang musim panas, orang ramai dinasihatkan jangan buang puntung rokok merata-rata terutama di kawasan hutan paya gambut bagi mengelak berlaku kebakaran,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN