Bomba selamatkan kilang arang daripada musnah - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan kilang arang daripada musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 13 Feb. – Kepantasan anggota bomba mengawal api daripada terus merebak berjaya menyelamatkan sebuah kilang arang daripada musnah terbakar di Kawasan Perindustrian, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.51 pagi.

Katanya, empat jentera dan 12 anggota, bergegas ke tempat kejadian bagi operasi pemadaman.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati kebakaran membabitkan arang yang telah siap diproses yang diletak di bahagian tengah kilang terbabit dan ketika itu api sedang marak.

“Usaha memadam api dilakukan segera bagi mengelak api merebak dan berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.32 pagi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Anuar berkata, punca kebakaran dan kerugian masih lagi dalam siasatan.

Katanya, peratus kebakaran hanya 20 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

“Bagaimanapun, kebakaran ini tidak melibatkan struktur kilang terbabit. Operasi pemadaman selesai pada pukul 12.48 tengah hari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN