TANJUNG MALIM 4 Feb. – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas terperangkap di dalam kereta jenis Toyota Vios yang terkunci di pekarangan Pejabat Pos Slim River di sini hari ini. Difahamkan dalam kejadian pada pukul 1.50 petang itu, bayi terbabit ‘tertinggal’ di dalam kereta secara tidak sengaja ketika ibu bapa dan abangnya keluar kereta serentak dan pintu tertutup. Ketika kejadian, keluarga berkenaan dalam perjalanan…










