Bomba gagalkan cubaan lelaki letupkan diri - Utusan Malaysia

Bomba gagalkan cubaan lelaki letupkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Pasukan bomba berjaya menggagalkan cubaan membunuh diri seorang lelaki dipercayai penagih dadah dengan membakar dirinya di sebuah rumah teres dua tingkat di lorong kerongsang, Bandar Puteri di sini, pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba Taman Sri Andalas, A. Romzi Abu berkata, cubaan bunuh diri menggunakan tong gas itu dilakukan oleh seorang lelaki berusia 39 tahun. 

Katanya, tiga orang ahli keluarga yang turut berada di rumah tersebut telah berjaya keluar semasa tempoh cubaan bunuh diri kira-kira selama 45 minit itu.

“Lima anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.48 pagi sebelum tiba sembilan minit kemudian. 

“Mangsa yang dipercayai merupakan penagih dadah itu dikatakan telah membakar sehelai tuala dan cuba mencucuhnya di injap gas yang telah dibukanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 

Beliau menambah, bagaimanapun cubaan itu gagal apabila tong gas tersebut telah kehabisan gas dengan suspek kemudiannya didapati kecewa. 

Ujarnya, anggota bomba yang melakukan pujukan dari ruang letak kenderaan hadapan rumah tersebut selama limit akhirnya berjaya memujuk lelaki itu. 

“Lelaki terbabit kemudiannya menyerah diri secara sukarela dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN