BNM serbu 8 premis wang haram  - Utusan Malaysia

BNM serbu 8 premis wang haram 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu lapan premis yang menjalankan urus niaga penukaran dan pengiriman wang tanpa lesen sejak dua hari lalu.

Menurut BNM, entiti yang terlibat adalah Anver Cahaya Enterprise (002422813-D), Kawzar Enterprise (002222493-K), Mabruk Mohaideen Enterprise (PG0413789-U), Nisha Khan Enterprise (002616692-V) dan Rifai Maju Enterprise (002689961-X).

Katanya, tiga lagi termasuk B First Resources (002581856-X), Money Me@Hotel Kita (945197-U) dan Nur Ekspress Enterprise (002392685-H).

Jelasnya, tindakan diambil berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 7(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (APPW), yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 4(1) APPW. 

“Operasi serbuan ini dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Sebanyak lima pendatang tanpa izin yang terlibat menjaga premis dan pelanggan kepada entiti tersebut telah ditahan untuk siasatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN