BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 12 FEBRUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 12 FEBRUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGIKUTI kisah pengorbanan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. yang menyelamatkan lima sekeluarga dalam kenderaan yang terjunam di Terengganu tempoh hari, Awang termenung sejenak.

Masih ada insan baik hati ibarat The Unsung Hero (Wira Yang Tak Didendang) yang muncul secara tiba-tiba di saat getir dalam insiden dialami oleh keluarga Nordiana Alwani Jaafar itu.

Kisah Abdul Bari Asyraf mengusik perasaan Awang seperti mana diceritakan oleh Nordiana Alwani bahawa arwah orang pertama terjun ke dalam Sungai Terengganu untuk menyelamatkan beberapa anggota keluarganya sebelum menjerit memanggil orang lain berbuat demikian.

Apa yang boleh diambil iktibar dalam kisah Allahyarham Abdul Bari Asyraf adalah akhlak terpuji yang dimiliki arwah yang boleh dicontohi masyarakat terutama dalam kalangan anak muda.

Banyak perkara sebenarnya yang boleh diubah ke arah lebih positif demi untuk melihat masyarakat kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Ayuh! Jadikan pengorbanan mulia Allahyarham Abdul Bari Asyraf titik mula untuk kita meramaikan lagi anggota masyarakat yang beretika, berhati mulia dan penyayang.

AWANG – Sedekah al-Fatihah untuk arwah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN