Bilik pekerja terbakar tiada kemalangan jiwa - Utusan Malaysia

Bilik pekerja terbakar tiada kemalangan jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Sebuah bilik pekerja hampir musnah terbakar dalam kejadian di Jalan SS2/61 berhadapan McDonalds dekat sini di petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Selangor, pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 3 petang dan sebanyak 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Damansara dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba dilokasi didapati berlaku kebakaran bilik pekerja di tingkat atas yang berkeluasan 7.4 meter persegi.

“Bilik itu didapati 30 peratus musnah dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3.25 petang dan pemadaman sepenuhnya pada pukul 4.24 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, tiada pekerja yang cedera dalam kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN