'Biar mahkamah tentukan' - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

‘Biar mahkamah tentukan’ – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 28 Feb. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan sama ada Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo bersalah atau tidak.

Jelas Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar, beliau tetap dengan prinsip ‘berani kerana benar’ dan tidak berniat untuk cuba mempolitikkan isu tersebut.

“Saya difahamkan pihak sebelah sana (pembangkang) tetap ingin menggunakan kes ini sebagai senjata politik. Saya tak berniat untuk lakukan sedemikian kerana saya mengikut prosedur sedia ada.

“Biar keadilan timbul juga nanti. Itu yang paling penting. Faktor utama yang sebabkan saya masuk politik untuk pertahankan prinsip berani kerana benar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam program Santai 2-Roda Semenyih 2019 (S2RS 1.0) di sini hari ini.

Papagomo didakwa di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas dua tuduhan mengaib dan mencederakan Syed Saddiq. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Beliau dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri sekali setiap sebulan di balai polis yang berhampiran.

Kes beliau akan disebut semula pada 1 April 2019 di hadapan Majistret Mahkamah Kajang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN