Bertudung tidak halang meluncur ombak - Utusan Malaysia

Bertudung tidak halang meluncur ombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 3 Feb. – Biarpun seorang wanita dan bertudung, namun itu bukan menjadi halangan untuk Mona Rasidah Abdul Rashid melakukan aksi sukan lasak iaitu meluncur ombak.

Kata Mona Rasidah, 33, dia mula yang bermain ombak sejak 2010 dan merasakan sukan luncur ombak itu sebati dengan dirinya.

Menurutnya, dia selesa bertudung ketika di laut sekali gus membuktikan penampilan seperti dirinya bukan halangan golongan wanita menceburi sukan luncur ombak.

“Bagi saya, berhijab lebih kemas dan selamat untuk saya meluncur kerana apabila tidak bertudung, ia mengganggu fokus untuk mengambil ombak bagi beraksi.

“Jadi, apabila berhijab saya rasa selamat dan tidak ada mengganggu saya sewaktu berluncur kerana rambut saya kemas di dalam hijab,” katanya ketika ditemui di Teluk Chempedak di sini baru-baru ini.

Mona Rasidah berkata, dia belajar meluncur ombak daripada rakan-rakannya dan laman perkongsian video, YouTube.

“Selain itu, sokongan padu suami yang sama-sama minat meluncur ombak menguatkan semangat saya untuk terlibat dalam sukan lasak ini,” katanya.

Menurutnya, dia kini dalam usaha mengumpulkan satu komuniti bagi menarik lebih ramai wanita bermain luncur ombak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN