BRUSSELS 27 Feb. – Ketua Diplomatik Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini menyeru India dan Pakistan supaya ‘bertahan’ daripada menambah konfrontasi yang memburukkan konflik kedua-dua negara tersebut. “Kami menjangkakan New Delhi dan Islamabad dapat mengelak daripada melakukan tindakan-tindakan yang meningkatkan ketegangan,” katanya dalam satu kenyataan susulan laporan Islamabad menembak jatuh dua pesawat India yang didakwa memasuki ruang udara Pakistan di Kashmir. India turut mendakwa menembak jatuh sebuah pesawat tempur Pakistan. –…










