Bersatu belum putuskan tentang lebar sayap ke Sabah - Utusan Malaysia

Bersatu belum putuskan tentang lebar sayap ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat keputusan untuk melebarkan sayap ke Sabah, kata Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu perlu dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi terlebih dahulu.

“Kita buat keputusan dalam mesyuarat. Kita adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dulu (sebelum membuat apa-apa keputusan melebarkan sayap ke Sabah),” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, Datuk Hajiji Noor bahawa Bersatu akan melebarkan sayapnya ke Sabah tidak lama lag.

Susulan itu, Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan berkata, perkara tersebut diharapkan tidak berlaku memandangkan Warisan dan Bersatu sudah mencapai kesepakatan tentang hal berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN