Berdebar sedia juadah untuk Seri Paduka - Utusan Malaysia

Berdebar sedia juadah untuk Seri Paduka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Feb. – Warga Putrajaya diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah yang berkenan mencemar duli berangkat ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu Ahad lalu.

Perkara itu boleh dilihat menerusi kesudian Sultan Abdullah berkenan mencemar duli berangkat ke Kafe Umai di Pre­sint 2 pada 3 Februari lalu sekali gus menjadi pengalaman berharga dan tidak boleh dilupakan bagi pemiliknya, Datin Jamaliah Ja’afar.

Menurut Jamaliah, dia tidak menyangka kafe diusahakan sejak 2011 itu menjadi pilihan Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar untuk santapan minum petang bersama dua puteri ba­ginda iaitu Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Ilisha Ameera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara juadah makanan yang dipilih adalah roti jala, lempeng pisang, lempeng kelapa, cucur udang, manakala dua puteri baginda pula memilih nasi lemak,” katanya dengan menambah Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Maimunah meluangkan masa kira-kira lebih satu jam di samping beramah mesra dengan orang ramai di kafe itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×